Sunday, February 10, 2013

Supplement Shaklee Semasa Dalam Pantang

Pada 26 November 2012 (tahun lepas), saya telah selamat melahirkan cahaya mata yang kedua. Kalo anak yang pertama dulu perempuan, anak yang kedua ni pulak laki-laki diberi nama Luqman Hakim (semoga nama ini memberikan kebaikan buat anakku). Memandangkan saya mengalami masalah baby tak nak turun ke bawah jgak kali ni, proses kelahiran kali ini juga adalah melalui Cesarean.

Pengalaman Ceasarean kali ni sangat berlainan dengan yang pertama sbb kali ni saya mengambil supplement Shaklee semasa dalam pantang. Masa anak first dulu, orang tua slalu dok cakap tak payah makan itu ini, nanti sakit la, nanti macam2 la kan. Syukur sngt2 luka Ceasarean kali ni tak menyakitkan sangat seperti yang pertama dulu. Bila difikir balik sbbnya adalah kerana Dr. Zanariah di Perdana Specialist Hospital telah pun trim lemak2 dalam perut saya ni. Perutnya kurang boroi dan kurang jgak lah tekanan kat luka tu. Perut pun teramat la slim nya. So, nanti sape2 yang mmg kene Ceasarean boleh la bersalin dengan Dr. Zanariah yerk!

Selepas 2 minggu bersalin saya start ambil Vitamin C Shaklee. Memula tuh memang la rasa pedih2 skit kat luka tu. Tapi masuk hari ketiga tuh dah ok dah, takde pedih2 lg. Selama dalam pantang ni saya jugak ada mengambil Ostematrix sbb kuku ni asyik terkopak aje tanda2 kekurangan kalsium dan Lechitin sbb mahu maintain berat badankan alang2 perut dah slim.

Apa yang saya perhatikan selama mengambil supplement2 ni badan rasa sngt2 cergas tak lembik mcm dulu. Kalo masa anak pertama dulu pantang cara orang2 tua without supplement mmg rasa tak larat sngt. Lg teruk, nak bercakap pun rasa tak keluar suara. Muka pulak cengkung dan pucat macam mayat. So, scary bila imagine muka saya selepas bersalin anak pertama dulu.

Tp kali ni semuanya berlainan. Badan sihat sngt2, luka pun cepat sembuh dan saya dapat melakukan kerja2 mengurus anak sendiri seawal 2 minggu selepas bersalin tanpa menyusahkan ma saya yang tidak berapa sihat. So, buat anda di luar sana yang akan bersalin secara Ceasarean boleh la dapatkan Vitamin Shaklee sebelum bersalin sebagai persediaan dalam pantang.