Thursday, March 1, 2012

Vitamin

Vitamin adalah sangat penting yang menyumbang kepada keadaan kesihatan yang optimum, membantu dalam proses metabolisma dan biokimia badan untuk mengeluarkan tenaga dari makanan yang dimakan.

Sedar atau tidak, terdapat 2 jenis vitamin:
  • Vitamin Larut Air (Water Soluble) - perlu diambil secara harian kerana tidak dapat disimpan oleh badan dan akan dikeluarkan dalam tempoh 1-3 hari. Contohnya adalah Vitamin B dan C.
  • Vitamin Larut Lemak (Fat Soluble) - vitamin jenis ini akan disimpan di dalam badan untuk jangka masa yang panjang, disimpan di dalam tisu-tisu dan hati. Contohnya adalah Vitamin A, D, E dan K.
Untuk mendapatkan hasil yang optimum, kita mestilah memastikan jenis apa vitamin yang dimakan. Jika vitamin itu jenis larut air, sebaiknya dimakan selepas makan bende2 yang berair dan banyakkan minum air supaya segala vitamin yang ada dapat diserap oleh badan sepenuhnya.

Jika vitamin yang dimakan adalah dari jenis larut lemak, seeloknya dimakan selepas makan benda2 yang berlemak. Makan selepas makan pun sudah ok memandangkan masakan melayu kita ni memang penuh dengan masakan yang berlemak.

Monday, February 27, 2012

Doa Apabila Menghadapi Tekanan

Dalam kehidupan seharian memang kita tidak dapat melarikan diri dari sebarang tekanan. Tekanan di tempat kerja, tekanan di rumah (banyak benda nak kene buat), tekanan dalam membesarkan anak2 dan bermacam2 lagi.

Marilah sama2 kita amalkan doa ini dan mengamalkan istighfar pada setiap masa agar hati sentiasa lapang dan tenang. Sekalipun kita terlalu sibuk dengan segala urusan harian, kita masih lagi mampu berzikir dan beristighfar di dalam hati. Jangan sesekali menjadikan alasan kesibukan setiap hari untuk tidak mengingatinya.